Saturday, May 9, 2009

peTa t0'UbAn..



INI ADALAH GAMBAR 'ALIEN YANG SEMPAT DIRAKAMKAN OLEH SEORANG JURUGAMBAR ' JOHN STEVANT' BERHAMPIRAN DENGAN HUTAN BELAKANG RUMAHNYA PADA I992 DI EROPAH

GEMPAR!!!! KEPULAN ASAP KEUDARA AKIBAT DARIPADA KEBAKARAN SEBUAH GUDANG LAMA TELAH MENGHASILKAN OBJEK SEAKAN-AKAN MUKA SYAITAN.

MENGEJUTKAN!!!! SEORANG BAYI ANEH TELAH DILAHIRKAN DARI PERUT IBUNYA YANG BERKETURUNAN MANUSIA BIASA.

SEEKOR 'ANACONDA' SEPANJANG 35 KAKI TELAH BERJAYA DITANGKAP SETELAH MENELAN MANGSANYA IAITU SEORANG NELAYAN. KEJADIAN INI TELAH BERLAKU DI BRAZIL KIRA-KIRA 10 TAHUN YANG LALU.

Menghayati Kekuasaan Allah melalui penciptaan alam..




Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang….. “Demi matahari dan cahayanya di pagi hari, dan apabila bulan mengiringinya, dan siang apabila menampakkannya, dan malam apabila menutupinya, dan langit serta pembinaanya, dan bumi serta penghamparannya, dan jiwa serta penyempurnaannya. Maka ALLAH mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya, kaum Thamud telah mendustakan (rasulnya) kerana mereka melampaui batas, ketika bangkit orang yang paling celka di antara mereka, lalu Rasul ALLAH (Saleh) berkata kepada mereka: Biarkanlah unta betina ALLAH dan minumannya, lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu, maka TUHAN mereka membinasakan mereka disebabkan dosa mereka, lalu ALLAH menyama-ratakan mereka dengan tanah, dan ALLAH tidak takut terhadap akibat tindakan-NYA itu.”(Surah Al-Syams:1-15)
Surah ini diturunkan pada Nabi Muhammad s.a.w sebelum hijrah dan diklasifikasikan sebagai Surah al-Makiyyah. Ia mempunyai 15 ayat, 54 kalimat dan 247 huruf. Terdapat banyak pengajaran yang dapat diambil daripada surah ini. Antaranya ialah dorongan supaya manusia sentiasa memperhatikan, memikir dan mensyukuri segala bukti kekuasaan ALLAH yang mencipta pelbagai jenis ciptaan di alam ini. Selain itu, terdapat janji ALLAH kepada hambaNYA yang bertakwa pasti akan merasai kebahagian di dunia dan akhirat dan sudah pasti ganjaran Neraka kepada hamba-NYA yang fasik serta kufur di mana mereka akan kecewa dengan apa yang mereka lakukan di dunia ini. Dalam pembukaan surah ini, ALLAH menyuruh kita supaya menghayati setiap kejadian yang ALLAH telah kurniakan. Betapa tingginya kekuasaan ALLAH yang Maha Pencipta dan kerdilnya diri manusia yang hanya diciptakan daripada tanah yang tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melakukan sesuatu tanpa izin-NYA. Kisah teladan yang boleh diambil daripada surah ini ialah Kisah Nabi Saleh a.s dengan kaumnya. Nabi Saleh a.s mengingati kaumnya agar mereka berhati-hati dan tidak menganggu mukjizat ALLAH kepadanya iaitu unta betina dan juga tempat minuman. Ternyata Kaum Thamud tidak menghiraukan peringatan itu lalu mereka membunuh unta tersebut. Rentetan daripada perbuatan mereka ini, ALLAH telah menurunkan azab bencana ke atas mereka tanpa pengecualian seorang daripada mereka di mana ALLAH meratakan mereka dengan tanah. Begitulah keagungan kekuasaan ALLAH yang tiada tolok bandingannya dengan sesiapa di dunia ini. Marilah kita hayati ungkapan surah-surah di dalam al-Quran yang membicarakan keagungan ALLAH yang ditamsilkan dengan alam semulajadi.
"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang sentiasa memikir dan menghayati ciptaan yang Maha Agung..."Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang sentiasa memikir dan menghayati ciptaan yang Maha Agung. Dan kecewalah orang-orang yang hanya menjadikan hawa nafsunya sebagai tongkat membawa dirinya di dunia ini. Sesungguhnya manusia ini diciptakan oleh ALLAH untuk berjuang menghadapi kesulitan dan jangan terlalu lalai atau leka dengan harta benda serta anak-anak yang banyak kerana mereka tidak akan mendekatkan manusia kepada ALLAH. Surah ini juga mengingatkan manusia atas beberapa nikmat yang telah diberikan oleh ALLAH dan DIA-lah yang memberi petunjuk kepada jalan kebahagiaan di dunia dan akhirat….

me,myself n i!!!-gmb0r aq!!! hahaa







DaNau t0'uBan, psir mas, QelAnTan


Masjid Terapung
D
anau To’ Uban merupakan salah satu destinasi pelancongan di Kampung To’ Uban. Dahulu, Danau To’ Uban merupakan tapak sawah padi yang telah ditenggelamkan untuk dijadikan empangan. Pengunjung boleh datang ke sini melalui jalan darat, kira-kira 15 km dari Perpustakaan Desa To’ Uban. Sekiranya menaiki sampan, perjalanan ke Masjid Tahfiz Al-Balaghunmubin atau dikenali juga dengan nama Masjid Brunei Darussalam memakan masa kira-kira 20 minit. Kos pembinaan masjid ini telah disumbangkan oleh Sultan Brunei. Masjid yang dibina pada tahun 1992 terletak di permukaan Danau To' Uban dan dikenali sebagai masjid terapung di kalangan penduduk setempat. Berhampiran dengan masjid berkenaan, terdapat sebuah sekolah tahfiz. Pelajar-pelajar dari sekolah tahfiz sering menunaikan solat Jumaat di Masjid Tahfiz Al-Balaghunmubin bersama-sama penduduk setempat. Pada hujung minggu atau cuti sekolah, masjid ini akan dikunjungi oleh orang ramai sama ada untuk menunaikan sembahyang atau melihat kecantikannya.

pErmAnDanGaN kAmPunG aKu!!!!! -tok uban-







sEjArAh kAmpuNg aKu!!!!! kampung tok uban


Pahlawan Ilmu Batin
M
enurut Tok Penggawa Kampung To’ Uban iaitu Mat Junuh Seman, nama kampung diambil bersempena nama pengasas kampung yang bernama Sulaiman. Beliau berasal dari Kemboja dan merupakan salah seorang pahlawan ilmu batin. Ketika berlakunya perang saudara di Siam pada sekitar tahun 1900, beliau telah melarikan diri ke Pengkalan Chepa dan menetap di Kampung But, Ketereh.Tidak lama kemudian beliau berhijrah pula ke kawasan kampung ini dan mengusahakan tanah untuk bercucuk tanam. Beliau turut mendirikan sebuah surau untuk mengajar ilmu agama kepada pengikut-pengikutnya. Oleh sebab rambutnya dipenuhi uban, beliau terus digelar To’ Uban oleh penduduk kampung dan sekali gus menamakan kampung mereka sebagai Kampung To’ Uban sehingga ke hari ini.
Dahulu, kampung ini dihubungkan melalui Sungai Kelantan. Sampan dan bot dijadikan sebagai pengangkutan utama yang menghubungkan penduduk ke kampung-kampung sekitar dan bandar. Namun kini, jalan raya telah dibina bagi memudahkan pergerakan penduduk. Kawasan penempatan juga berubah dari bertaburan kepada penempatan secara berderetan.

Friday, May 8, 2009

pErmaNdAnGan iNdah c!pTaAn TuHaN..













seJarAh iSlAm

Sejarah Islam
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Sebahagian dari siri berkaitanIslam
Aqidah (Rukun Iman)
Allah · Keesaan TuhanMuhammad · Malaikat · KitabNabi-Nabi dan Rasul-RasulHari Kiamat · Qada' dan Qadar
Ibadat (Rukun Islam)
Kalimah Syahadah · SolatPuasa · Zakat · Haji
Teks dan hukum
Quran · Sunnah · HadisFiqh · Syariat · Kalam · SufismePiagam Madinah
Sejarah dan Kepimpinan
Garis Masa Sejarah IslamAhlul Bait · Sahabat NabiAhli Sunah Waljamaah · SyiahKhulafa al-Rasyidin · Imam SyiahKhalifah · Khilafah
Budaya Dan Masyarakat
Akademik · Haiwan · SeniTakwim · Kanak-kanakDemografi · PerayaanMasjid · Dakwah · FalsafahSains · Wanita · Politik
Islam dan agama lain
Agama Kristian · Agama YahudiAgama Hindu · Agama SikhJainisme
Lihat juga
Kritikan · IslamofobiaGlosari
Portal Islam pbs
Islam bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan kepada rasul yang terakhir iaitu Muhammad bin Abdullah di Gua Hira', Arab Saudi. Sejarah Islam menceritakan perkembangan Islam sehinggalah sekarang.
Isi kandungan[sorok]
1 Pengenalan
2 Nabi Muhammad s.a.w.
3 Perkembangan Islam
3.1 Khulafa al-Rasyidin
3.2 Kerajaan Bani Ummaiyyah
3.3 Kerajaan Bani Abbasiyyah
3.4 Empayar Turki Uthmaniyyah
//

[sunting] Pengenalan
Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.
Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.
Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.

[sunting] Nabi Muhammad s.a.w.
Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat Telaga Zamzam dan yang paling penting sekali Kaabah.
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dalam Tahun Gajah (570 atau 571 masihi). Baginda merupakan seorang anak yatim lagi selepas ayahnya Abdullah dan emaknya Aminah meninggal dunia. Baginda dibesarkan oleh pakciknya iaitu Abu Talib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Siti Khadijah dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman.
Namun demikian, ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, baginda didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.
Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.
Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w. memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam tewas. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh Semenanjung Arab di bawah penguasaan orang Islam.

[sunting] Perkembangan Islam

Semenanjung Arab selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

[sunting] Khulafa al-Rasyidin
Untuk rencana utama: sila lihat Khulafa al-Rasyidin
632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab.
633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
635M- Penawanan Madain, ibukota Empayar Parsi Sassanid.
636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
637M- Mesir ditawan.
638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
646M- Kempen menentang Byzantine.
647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi Sassanid ditumpaskan.
648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Saidina Hasan (Cucu Rasulullah S.a.w) kemudian diangkat sebagai Khalifah ke-5 Umat Islam menggantikan Saidina Ali.
661M- Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saidina Hasan memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam yaitu Pasukan Khalifah Saidina Hasan di Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu pertempuran besar. Ketika pertempuran hendak pecah, Muawiyah kemudian menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang kemudian dengan pertimbangan persatuan Umat Islam, rancangan perdamaian Muawiyah ini diterima secara bersyarat oleh Khalifah Saidina Hasan dengan kekuasaan Kekhalifahan diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun itu kemudian dikenal dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah) dalam sejarah Umat Islam. Sejak saat itu Muawiyah menjadi Khalifah Umat Islam yang kemudian dilanjutkannya dengan sistem Kerajaan Islam yang pertama yaitu pergantian pemimpin (Raja Islam) yang dilakukan secara turun temurun (Daulah Umayyah) dari Daulah Umayyah ini kemudian berlanjut kepada Kerajaan-Kerajaan Islam selanjutnya seperti Daulah Abbasiyah, Fatimiyyah, Usmaniyah dll.

[sunting] Kerajaan Bani Ummaiyyah
Untuk rencana utama: sila lihat Kerajaan Bani Ummaiyyah
661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
713M- Penaklukan Multan.
716M- Serangan ke atas Constantinople.
717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
750M- Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

[sunting] Kerajaan Bani Abbasiyyah
Untuk rencana utama: sila lihat Kerajaan Bani Abbasiyyah
752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani [[Ummaiyyah Sepanyol.
763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.
786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.
809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.
1005M- Multan dan Ghur ditawan.
1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.
1095M- Perang Salib pertama berlaku.
1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
1144M- Nuruddin Zengi tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.
1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.
1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).
1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah-Seljuk.
1260M- Kebangkitan Islam. Kerajaan Bani Mamluk di Mesir (merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah & Madinah) pimpinan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz menewaskan tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut.

[sunting] Empayar Turki Uthmaniyyah
Untuk rencana utama: sila lihat Empayar Turki Uthmaniyyah
1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
1453M- Constantinople ditawan oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih. Berakhirnya Empayar Byzantine.
1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
1526M- Perang Mohacs
1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
1571M- Perang Lepanto berlaku.
1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
1792M- Perjanjian Jassy.
1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
1829M- Perjanjian Adrianople.
1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
1841M- Konvensyen Selat.
1853M- Bermulanya Perang Crimea.
1856M- Berakhirnya Perang Crimea.
1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
1912M- Perang Balkan pertama.
1913M- Perang Balkan kedua.
1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
1919M- Mustafa Kemal Atatürk mendarat di Samsun.
1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.

Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya. Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga. Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya. Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir. Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka keranakesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka. Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya. Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka.Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

Nabi Muhammad s.a.w. (sallallahu aleihi wassalam) (B. Arab: محمد) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.
Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

pAraMeSwAra


Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama (1293-1309) dan pengasas Kerajaan Majapahit menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri Kertanegara, raja terakhir (1268-1292) Kerajaan Singhasari, yang kemudian memiliki Puteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326-1350) Kerajaan Majapahit. Beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari. Si puteri kemudian menikahi Singawardana, dan memiliki Putri Sarawardani. Kemudian ia menikahi Ranamenggala, dan memiliki anak bernama Parameswara yang lahir di tahun 1344 pada saat neneknya, Ratu Tribuana Tunggadewi, memerintah Majapahit.
Selain itu, beliau masih kerabat dari Ananggavarman atau Ananggawarman, (anak dari Adityawarman) yang menjabat sebagai gabenor Majapahit di Pagar Ruyung, Kerajaan Dharmasraya, dan Palembang.
Sebelumnya Parameswara beragama Hindu, dan kemudian memeluk agama Islam di tahun 1414. Dari agama yang diyakini kita dapat lihat bahawa Parameswara bukan asli dari Sriwijaya atau Palembang, kerana umumnya mereka memeluk agama Buddha. Sriwijaya ketika masa lampau adalah pusat pengembangan agama Buddha di Asia Tenggara.
Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura.
Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.
Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.
Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu "Melaka".
Ancaman serangan daripada pihak Siam menyebabkan keputusan Parameswara membayar ufti kepada negara China pada tahun 1409 supaya mendapat perlindungan. Pada tahun 1411, diiringi oleh Laksamana Cheng Ho, beliau melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo.

Kelihatan Pedagang-pedagang Arab bersembahyang di Pelabuhan Melaka
Parameswara memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan puteri Pasai, Indonesia dan menukarkan nama beliau kepada "Raja Megat Iskandar Shah".
Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.)
Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.

HiSt0Ry


Kesultanan Melayu Melaka



Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409[1] apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.

In 1511, a Portuguese fleet arrived under the command of Afonso de Albuquerque. His forces attacked and successfully defeated the armies of the Malacca Sultanate. Moving quickly to consolidate his gains, Albuquerque had the fortress built around a natural hill near the sea. Albuquerque believed that Melaka would become an important port linking Portugal to the spice trade from China. At this time other Portuguese were establishing outposts in such places as Macau, China and Goa, India in order to create a string of friendly ports for ships heading to China and returning home to Portugal.
The fortress once consisted of long ramparts and four major towers. One was a four-story keep, while the others held an ammunition storage room, the residence of the captain, and an officers' quarters. Most of the village clustered in town houses inside the fortress walls. As Melaka's population expanded it outgrew the original fort and extensions were added around 1586. The fort changed hands in 1641 when the Dutch successfully drove the Portuguese out of Melaka. The Dutch renovated the gate in 1670, which explains the logo "ANNO 1670" inscribed on the gate's arch. Above the arch is a bas-relief logo of the Dutch East India Company.
The fortress changed hands again in the early 19th century when the Dutch handed it over to the British to prevent it from falling into the hands of Napoleon's expansionist France. The English were wary of maintaining the fortification and ordered its destruction in 1806. The fort was almost totally demolished but for the timely intervention of Sir Stamford Raffles, the founder of Singapore, who happened to visit Melaka in 1810. Because of his passion for history, this small gate was spared from destruction.