Saturday, May 9, 2009

DaNau t0'uBan, psir mas, QelAnTan


Masjid Terapung
D
anau To’ Uban merupakan salah satu destinasi pelancongan di Kampung To’ Uban. Dahulu, Danau To’ Uban merupakan tapak sawah padi yang telah ditenggelamkan untuk dijadikan empangan. Pengunjung boleh datang ke sini melalui jalan darat, kira-kira 15 km dari Perpustakaan Desa To’ Uban. Sekiranya menaiki sampan, perjalanan ke Masjid Tahfiz Al-Balaghunmubin atau dikenali juga dengan nama Masjid Brunei Darussalam memakan masa kira-kira 20 minit. Kos pembinaan masjid ini telah disumbangkan oleh Sultan Brunei. Masjid yang dibina pada tahun 1992 terletak di permukaan Danau To' Uban dan dikenali sebagai masjid terapung di kalangan penduduk setempat. Berhampiran dengan masjid berkenaan, terdapat sebuah sekolah tahfiz. Pelajar-pelajar dari sekolah tahfiz sering menunaikan solat Jumaat di Masjid Tahfiz Al-Balaghunmubin bersama-sama penduduk setempat. Pada hujung minggu atau cuti sekolah, masjid ini akan dikunjungi oleh orang ramai sama ada untuk menunaikan sembahyang atau melihat kecantikannya.

No comments:

Post a Comment

hmm....wElc0me 2 my Bl0g!!