Saturday, May 9, 2009

sEjArAh kAmpuNg aKu!!!!! kampung tok uban


Pahlawan Ilmu Batin
M
enurut Tok Penggawa Kampung To’ Uban iaitu Mat Junuh Seman, nama kampung diambil bersempena nama pengasas kampung yang bernama Sulaiman. Beliau berasal dari Kemboja dan merupakan salah seorang pahlawan ilmu batin. Ketika berlakunya perang saudara di Siam pada sekitar tahun 1900, beliau telah melarikan diri ke Pengkalan Chepa dan menetap di Kampung But, Ketereh.Tidak lama kemudian beliau berhijrah pula ke kawasan kampung ini dan mengusahakan tanah untuk bercucuk tanam. Beliau turut mendirikan sebuah surau untuk mengajar ilmu agama kepada pengikut-pengikutnya. Oleh sebab rambutnya dipenuhi uban, beliau terus digelar To’ Uban oleh penduduk kampung dan sekali gus menamakan kampung mereka sebagai Kampung To’ Uban sehingga ke hari ini.
Dahulu, kampung ini dihubungkan melalui Sungai Kelantan. Sampan dan bot dijadikan sebagai pengangkutan utama yang menghubungkan penduduk ke kampung-kampung sekitar dan bandar. Namun kini, jalan raya telah dibina bagi memudahkan pergerakan penduduk. Kawasan penempatan juga berubah dari bertaburan kepada penempatan secara berderetan.

No comments:

Post a Comment

hmm....wElc0me 2 my Bl0g!!